Hutan Ladang Karas

Pengurusan Hutan Ladang Karas untuk Gaharu

Ladang pokok Karas mula ditubuhkan di Perlis pada 25 Mac 2008 di Kompartmen 22, H.S. Mata Ayer dengan keluasan 13.86ha. Tambahan seluas 9.64ha telah ditanam di kompartmen ini sebanyak tiga spesis pokok Karas yang ditanam iaitu Aquilaria malaccensis, A. sub-integra dan A. crassna. Sehingga kini, jumlah keluasan ladang Karas JPNPs ialah seluas 45.55ha yang kesemuanya di H.S. Mata Ayer (Kompartmen 17-19.05ha, Kompartmen 22-23.5ha & Kompartmen 24-30ha). Memandangkan ladang Karas ini baru ditubuhkan, dengan penubuhan yang terakhir ialah pada tahun 2010, anak pokok di ladang ini masih kecil dan perlu diberikan perhatian dari segi pengurusannya.

Gaharu merupakan satu sumber hasil hutan bukan kayu yang hangat diperbincangkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Minat ini timbul kerana hasil keluaran gaharu dari pokok Karas dijangka akan menjana hasil pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan perminta antarabangsa terhadap hasil keluaran makin meningkat sedangkan penawaran dari kawasan hutan asli makin berkurang.

Kesan dari permintaan produk gaharu yang tinggi ditambah dengan promosi dari media, ramai pengusaha di Malaysia secara kecil-kecilan hingga sederhana telah mula menanam spesis seperti Aquilaria malaccensis bagi tujuan pengeluaran produk minyak atau teras gaharu. Juga terdapat para pengusaha yang menanam spesis dari Negara Thailand seperti A. crassna dan A. sub-integra yang dipercayai lebih cepat untuk dinokulasi dan mutu produk gaharu yang lebih baik.

Pengenalan kepada Gaharu

Kayu gaharu adalah sejenis resin yang dihasilkan dari teras kayu Karas, spesis Aquilaria dari family Thymelaeaceae pembentukan resin gaharu yang dihasilkan oleh pokok Karas atau dari spesis ini dipercayai berlaku akibat kesan atau tindak balas tertentu dari luka, retakan atau jangkitan penyakit/fungus/mikrob pada kayu teras. Adalah dipercayai, pokok dari dirian hutan asli cuma 10-20% daripada pokok Karas yang matang sahaja yang mengandungi resin gaharu. Dengan kata lain, bukan semua pokok Karas mengandungi gaharu.

Gaharu terhasil daripada teras kayu terbaik, mempunyai resin dan beraroma dari spesis Aquilaria, Aetoxylon symeatalum dan Gonystylusdari family Thymelaeaceae. Spesis pokok yang menghasilkan gaharu boleh dijumpai daripada India Timur hingga Negara-negara di Asia Tenggara (seperti Vietnam, Thailand, Malaysia, Indonesia) dan hingga kepulauan New Guinea.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100408
Top