Sumbangan JPNPs

Secara umumnya sumbangan JPNPs adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Taman Negeri – JPNPs sudahpun memperolehi kepakaran dan pengalaman dalam bidang eko-pelancongan dari penglibatannya dalam projek Taman Negeri Perlis (TNP) yang kini sedang bergerak maju. Ini antara sumber ekonomi kepada negeri dengan berkembangnya perniagaan penduduk tempatan selaras dengan pertambahan bilangan pelancong ke Taman tersebut. Namun, banyak juga lagi yang boleh diusahakan untuk menambahkan prospeknya untuk menjadi pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Antara langkah yang boleh diambil ialah mengadakan projek perlindungnan kepelbagaian biologi serta pelancongan yang menyeluruh besama-sama Negara Thailand yang juga mempunyai projek yang serupa di sebelah utara negeri Perlis bersempadan dengan TNP. Projek seperti ini yang berkonsepkan “Trans-boundary conservation and eco-tourism” sudah tentu akan memberi faedah besar kepada kedua-dua pihak.
  • Pengurusan Gua Kelam – gua ini yang sebelum ini dibawah seliaan Jabatan Pertanian telah diserahkan kepada JPNPs pada tahun 2009 bagi meningkatkan lagi pengurusan dan nilai ekonominya. Pada masa ini, Gua Kelam adalah antara gua yang terkenal di Semenanjung Malaysia dan antara kawasan wajib lawat bagi pelancong yang melawat ke negeri Perlis.
  • Ladang Hutan Jati – JPNPs juga mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan hutan Jati. Iklim di negeri Perlis adalah lebih sesuai untuk tanaman Jati. Kedua-dua faktor tersebut harus diambil kira untuk menjadikan Perlis sebagai pembekal utama kayu Jati yang berkualiti di Negara ini. Untuk rekod, Singgahsana DYMM Yang Dipertuan Agong yang terdapat di Istana Baru di Kuala Lumpur adalah diperbuat daripada kayu Jati yang diperoleh dari negeri Perlis. Ini tentunya amat membanggakan pihak JPNPs khususnya, selaku agensi yang mengurus kawasan Ladang Hutan Jati di negeri Perlis dan juga kebanggaan rakyat negeri Perlis secara keseluruhan.
  • Pengurusan pokok tepi jalan – nasihat JPNPs sentiasa diminta bagi perkara yang berkaitan dengan pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan di negeri Perlis. Ini menunjukkan kepakaran JPNPs dalam pengurusan kawasan hutan dan kawasan berpokok adalah diiktiraf oleh pihak kerajaan negeri.
  • Industri herba – JPNPs telah menjangka masa hadapan dan keperluan industri herba dengan penubuhan Rimba Herba yang telah berjaya menanam lebih kurang 1,000 jenis tumbuhan herba. JPNPs juga telah menggalakkan perkembangan industri herba dengan membawa masuk industri herba (pemprosesan dan penghasilan pemakanan dan ubatan dari herba) ke Perlis untuk mengambil bahagian dalam program perhutanan masyarakat yang melibatkan penanaman herba secara jangka panjang. JPNPs sentiasa bekerjasama dengan jabatan lain seperti Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan institusi penyelidikan perhutanan serta pihak universiti yang berkaitan dalam teknologi penanaman bahan tersebut dan mendalami teknologi pemprosesan dan analisa tumbuh-tumbuhan herba.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100384
Top