Pengenalan

 

Pengenalan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mempunyai asal usul dan tradisinya yang tersendiri. Rujukan sejarah menunjukkan bahawa tunas awal penubuhan perkhidmatan perhutanan bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan sebuah jabatan kecil oleh pihak Kerajaan British di Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran Pengarah Taman Botani, Singapura. Peristiwa terawal yang menjurus ke arah pentadbiran dan pengurusan hutan yang lebih teratur bermula apabila pihak British bersetuju menerima laporan H.C. Hill pada tahun 1900 untuk mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Hutan sebagai ketua pentadbir dan penasihat teknikal kepada Kerajaan mengenai perkara-perkara perhutanan dan urusan pengambilan tanah bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Justeru itu, seorang pegawai yang terlatih dan berpengalaman dari Burma, iaitu Alfred M. Burn-Murdoch telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Hutan yang pertama pada 16 Oktober 1901 (Zul Mukhshar et al. 2001). Jawatan ini kemudiannya dikenali sebagai Pengarah Perhutanan (Director of Forestry), Ketua Pemelihara Hutan, dan akhirnya dengan nama Ketua Pengarah (Director- General). Tanggal 16 Oktober 1901 telah diisytiharkan sebagai tarikh rasmi penubuhan JPSM...

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100413
Top