Polisi Agensi

Majlis Perhutanan Negara telah meluluskan Dasar Perhutanan Negara pada tahun 1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978. Dasar ini telah dipinda pada November, 1992 bagi menangani isu-isu semasa yang telah dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan sumber-sumber genetik dan juga peranan masyarakat tempatan ke atas pembangunan hutan. Penerimaan Dasar Perhutanan negara ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pembangunan sektor perhutanan. Aspek-akpek penting yang digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara ialah:
  1. Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) kawasan-kawasan yang mencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konsep penggunaan tanah yang rasional. HSK diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama dan akan diurus sebagai:
  2. Menguruskan HSK supaya dapat memaksimumkan faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi kepentingan negara sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan.
  3. Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai.
  4. Menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan hutan berhasil bagi faedah ekonomi yang maksimum bagi semua jenis keluaran hutan serta mengalakkan pembangunan perindustrian hutan bersesuaian dengan aliran sumber dan peluang-peluang pekerjaan.
  5. Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancang ke arah penghasilan barangan siap dan separuh siap yang mempunyai nilai tokok bagi kegunaan tempatan dan eksport.
  6. Menggalakkan penyertaan bumiputra secara agresif dalam industri berasas kayu sejajar dengan dasar kerajaan.
  7. Menubuhkan ladang hutan dari spesies-spesies tempatan dan luar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli.
  8. Meningkatkan penglibatan masyarakat tempatan secara aktif dalam pelbagai projek-projek pembangunan perhutanan dan mengekalkan penglibatan mereka dalam program-program hutan tani.
  9. Meningkatkan keluaran hasil hutan bukan kayu melalui amalan-amalan pengurusan secara saintifik dan berkekalan bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri-industri berkaitan.
  10. Melaksanakan program latihan perhutanan yang komprehensif di semua peringkat sektor awam dan swasta bagi memastikan bilangan tenaga manusia terlatih mencukupi bagi memenuhi keperluan bidang perhutanan dan industri berasaskan kayu.
  11. Menggalakkan pelaburan swasta dalam pembangunan hutan melalui penubuhan ladang hutan kawasan persendirian.
  12. Mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yang intensif dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan bertujuan untuk meningkatkan faedah-faedah hutan secara maksimum.
  13. Menggalakkan pendidikan dalam perhutanan dan mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan publisiti dan pengembangan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai faedah hutan.
  14. Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.
  15. Membentuk satu program perhutanan masyarakat bagi menampung kehendak masyarakat di dalam dan di luar bandar.
  16. Mengkhaskan kawasan khusus bagi pendidikan perhutanan dan kajian saintifik yang lain.
  17. Menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam bidang perhutanan bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat saintifik.
 
Pemahaman Mengenai Pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Implikasi Perlaksanaannya
 
1.0 Pendahuluan
 
1.1     Peruntukan Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa soal tanah termasuk perhutanan adalah di dalam bidang kuasa tiap-tiap Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di bawah kuasa peruntukan ini, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam membentuk atau menerima sesuatu undang-undang hutan bagi mentadbir dan menguruskan hal-hal perhutanan di dalam negeri berkenaan.
 
1.2     Undang-undang hutan yang pertama digubal ialah Forest Ordinance 1908 yang dilaksanakan oleh Negeri-Negeri Selat dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia dengan apa yang dinamakan Enakmen Hutan 1934. Pembentukan dan pemakaian undang-undang hutan ini adalah berbeza-beza di antara negeri-negeri mengikut penekanan keadaan pentadbiran pada masa tersebut.
 
1.3    Selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak perkara-perkara di dalam Enakmen Hutan tersebut telah dikaji semula dan diseragamkan antara negeri-negeri bagi menjamin pengurusan hutan untuk pengeluaran yang berkekalan (sustained yield management). Lanjutan daripada itu, satu undang-undang baru telah dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen yang dikenali sebagai Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984), selari dengan penerimaan Dasar Perhutanan Negara 1978 oleh semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
 
1.4    Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 80'an dan awal 90'an, negara telah mengalami masalah pencerobohan hutan dan pembalakan haram yang di luar kawalan. Keadaan ini.telah menyebabkan Kerajaan mengkaji semula dan seterusnya membuat pindaan ke atas Akta tersebut dalam tahun 1993. Pindaan tersebut dikenali sebagai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993.
  
 
2.0                Akta Perhutanan Negara

2.1                Penerimapakaian Akta

2.1.1     Akta ini telah diwartakan pada 31 Disember 1984 dan kemudiannya disusuli dengan penerimapakaian oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen (Pemakaian) mengikut negeri masing-masing. Tarikh-tarikh terimapakai Akta tersebut mengikut negeri adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di Lampiran I. Sebagai penjelasan, perbezaan antara Akta dengan Enakmen adalah seperti berikut

i. Akta
Akta ialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

ii. Enakmen
Enakmen pula bererti undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri.

2.1.2     Seperti yang dinyatakan di para 2.1, soal perhutanan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dengan itu APN 1984 yang diluluskan oleh Parlimen tidak berkuatkuasa kecuali diterimapakai di Negeri yang herkenaan.

2.1.3     Dengan yang demikian, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 yang diluluskan oleh negeri-negeri adalah semata-mata untuk menerimapakai atau pun menggunakan APN 1984 di negeri masing-masing.

2.2     Status Tanah
Status tanah mengikut undang-undang perhutanan dan Kanun Tanah Negara adalah seperti berikut:

i. Hutan Simpanan Kekal
Ertinya mana-mana tanah yang dijadikan Hutan Simpanan Kekal (HSK) menurut Seksyen 2 Akta ini. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

ii. Tanah Kerajaan
Semua tanah termasuk dasar sungai, tepi pantai serta dasar laut, selain tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombong dan tanah HSK (tafsiran mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
 
iii. Tanah Rizab
Tanah yang dirizabkan untuk maksud awam seperti rizab sungai, rizab keretapi, rizab jalan, rizab Orang Asli, rizab tentera dan sebagainya (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
 
iv. Tanah Lombong
Mana-mana tanah yang telah diberikan pajakan lombong atau sijil lombong (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).

v. Tanah Berimilik
Mana-mana tanah yang mempunyai hakmilik yang didaftarkan, sama ada hakmilik kekal atau sementara, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang terhad (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100402
Top