Dasar Perhutanan

Pada tahun 1977, Dasar Perhutanan Negara (DPN) telah diluluskan oleh Majlis Perhutanan Negara (MPN) dan kemudian disahkan oleh Majlis Taman Negara (MTN) pada 19 April 1978. Dasar tersebut telah dikaji semula pada 10 Novermber 1992 atas kesedaran yang ditunjukan oleh masyarakat dunia terhadap kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber genetik secara berkekalan serta peranan masyarakat dalam pembangunan perhutanan. Penerimaan dasar tersebut merupakan suatu kejayaan memperkukuhkan asas perlembagaan dan mengeratkan kerjasama dan persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sector perhutanan. Selain dari Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan Akta Industri Berasas Kayu 1984 terdapat juga undang undang lain yang penting dan ada kaitan dengan sektor perhutanan seperti:

  • Kanun Tanah Negara 1965;
  • Kanun Keseksaan (FMS Cap.45), 1948 (Pindaan 1993);
  • Kanun Acara Jenayah (FMS Cap.6), 1903 (Pindaan 1995);
  • Akta Keterangan 1960 (Pindaan 1993);
  • Akta Prosedur Kewangan 1967 (Pindaan 1993);
  • Enakmen Bekalan Air 1935;
  • Akta Perlindungan Tanah;
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988);
  • Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973;
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1995);
  • Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1983);
  • Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Petani Malaysia 1985;
  • Enakmen Perlombongan 1926;
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976;
  • Akta Biokeselamatan 2007.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100388
Top