Perutusan Pengarah



Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
 
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2016 dan  menyinsingnya fajar baru tahun 2017. Sesungguhnya tahun 2016 telah menyaksi pelbagai kejayaan telah  dicapai di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
 
Tahun 2016 juga merupakan tahun penuh cabaran kerana ia merupakan fasa terakhir Rancangan Malaysia ke-10. Saya bersyukur kerana kita bukan sahaja dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran sepanjang  tahun 2016 malah telah menunjukkan pencapaian prestasi perkhidmatan yang membanggakan walaupun  terdapat banyak cabaran dan kekangan yang perlu ditempuhi. Saya percaya kejayaan ini tidak akan terhasil  tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
 
Saya yakin serta percaya akan kebolehan dan kepakaran warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Insya-  Allah kita mampu mencernakan hala tuju tersebut.
Seperti yang telah diceritakan usaha secara komited juga diletakkan pada tahap jihad ke jalan Allah sepertimana Kaab bin Ajrah meriwayatkan, Maka Baginda bersabda. "Jika dia keluar bekerja untuk keperluan anaknya, maka dia keluar di jalan Allah. Jika dia keluar bekerja untuk ibu bapanya yang sudah lanjut usia, maka dia di jalan Allah, jika ia bekerja untuk menyucikan dirinya, maka dia keluar di jalan Allah. Tetapi jika dia bersusaha kerana riak dan untuk bangga diri, dia berada di jalan syaitan." (HadisriwayatTabarani)
 
Adalah diharapkan tahun 2017, semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Perlis akan sentiasa berdisplin, berganding bahu dan bersatu hati melangkah sederap dengan semangat berpasukan yang tinggi untuk meraih kejayaan. Marilah kita bermuhasabah, baiki segala kesilapan yang lalu serta jadikan ia sempadan. Ambillah kejayaan itu sebagai panduan menghadapi tahun 2017. Dan melestarikan kejayaan itu sebagai panduan masa akan datang. Semoga perancangan dan usaha kita akan diberkati Allah.
Tiada jalan mudah, semua cabaran ini harus dihadapi dengan dada yang lapang dan minda yang terbuka. Oleh itu kita harus mendahulukan Misi, Visi, Objektif jabatan, berbanding kepentingan peribadi.
 
Marilah kita memasuki tahun baru 2017 dengan penuh tawadhuk dan insaf. Kita mestilah berazam dan bertekad untuk menjadi insan, khususnya warga kerja, yang berjaya dan mulia.
 
Akhir kata, Semoga semangat bekerja sepasukan, kegigihan dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah dan tuntutan kepada agama, bangsa dan negara akan terus diberkati dan mencapai matlamat yang dihasratkan.
 
 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017
 "NEGARAKU, ALAM SEKITARKU"
 
 
 
 (AG. SHAFFIE BIN AG. AHMADNI)
Pengarah Perhutanan Negeri Perlis

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100400
Top