Piagam Pelanggan

  1. Semua permohonan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
  2. Nasihat-nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan serta industri perhutanan akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh ianya diterima kecuali bagi perkara-perkara yang memerlukan kajian yang khusus.
  3. Semua permohonan untuk mendapatkan penerbitan tidak terperingkat akan diedarkan dalam tempoh (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  4. Permohonan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat penerimaan permohonan.
  5. Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di Sekolah Perhutanan, Kepong dan Pusat Latihan Membalak, Terengganu akan dimaklumkan keputusannya dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temuduga.
  6. Semua laporan kemajuan projek pembangunan hutan akan dikemukakan kepada agensi pusat tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
  7. Keputusan tawaran pelaksanaan projek pembangunan hutan akan dimaklumkan tidak lewat dari empat (4) bulan selepas tawaran dikeluarkan.

  8. Tindakan untuk mengemukakan dokumen bagi bayaran kemajuan kontrak ke Perbendaharaan akan diambil dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.

  9. Bon pelaksanaan kontrak akan dilepaskan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat tempoh bon tersebut.

  10. Semua aduan berhubung perkhidmatan perhutanan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100378
Top