Tanggungjawab dan Fungsi Jabatan

Tanggungjawab Jabatan Perhutanan Negeri
  • Menasihat Pihak Berkuasa Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk penghasilan pendapatan yang optimum
  • Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan; dan
  • Mengurus sumber hutan sejajar dengan konsep pengurusan secara berkekalan.
Fungsi Jabatan
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis berfungsi sebagai satu Jabatan profesional dan teknikal yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri di dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan hutan. Secara khususnya fungsi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis ialah:-
  • Melaksanakan amanah Pihak Berkuasa Negeri dalam mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri dengan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan supaya dapat memberi faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar yang bersih kepada rakyat.
  • Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan perhutanan.
  • Bertindak sebagai agensi yang melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan menghutan semula melalui amalan silvikultur yang sempurna supaya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
Dalam organisasi ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah dibahagikan kepada Seksyen-Seksyen yang mempunyai fungsi khusus masing-masing seperti berikut:-
 
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan terdapat tiga seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran Am, Seksyen Sumber Manusia dan Organisasi serta Seksyen Kewangan. Memandangkan Bahagian ini adalah amat penting dalam melancarkan pentadbiran jabatan dan bagi membantu Pengarah Perhutanan Negeri melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan, maka Pengarah Gred 44 adalah mengetuai bahagian ini bagi memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan JPNPs berjalan dengan lancar.
 
Seksyen Pentadbiran Am
Seksyen ini yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Gred G32 adalah bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir berkaitan urusan pentadbiran, perkhidmatan dan juga pengurusan kakitangan JPNPs.
 
Seksyen Sumber Manusia dan Organisasi
Seksyen Sumber Manusia dan Organisasi adalah bertanggungjawab menguruskan urusan sumber manusia JPNPs terutama dalam mengenalpasti, menganalisa keperluan latihan dan menyediakan modul latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan JPNPs dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan hutan. Ianya juga bertanggungjawab mengintegrasikan latihan di antara jabatan perhutanan negeri di seluruh Malaysia kepada kakitangan JPNPs.
 
Seksyen Kewangan
Seksyen ini bertanggungjawab berkaitan dengan pengurusan kewangan meiputi kutipan hasil supaya mematuhi peraturan kewangan yang sedia ada.
 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN HUTAN
Bahagian Pembangunan Hutan adalah bertanggungjawab untuk mengurus kawasan hutan simpanan kekal (HSK), memelihara kepelbagaian biologi, etnobotani dan pembangunan aktiviti eko-pelancongan. Di bawah penyusunan semula carta organisasi JPNPs, seksyen-seksyen di bawah Bahagian Pembangunan Hutan telah diperkemaskan dengan penubuhan empat seksyen. Seksyen tersebut ialah Seksyen Silvikultur dan Perlindungan, Seksyen Ladang Hutan dan Inovasi, Seksyen Pengurusan Hutan, Eco-Park dan Hutan Taman Negeri dan Seksyen Kepelbagaian Sumber Hutan. Ianya diketuai oleh Timbalan Pengarah Pembangunan G32.
 
Seksyen Silvikultur dan Perlindungan
Seksyen ini yang diterajui oleh Timbalan Pengarah Pembangunan G32 merupakan Ketua Unit Silvikultur & Perlindungan Hutan sedia ada yang telah diperluaskan bidang fungsinya. Seksyen ini bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti rawatan silvikultur dan Pengurusan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal.
 
Seksyen Ladang Hutan Dan Inovasi
Seksyen ini merupakan seksyen sedia ada dan bertanggungjawab untuk merancang dan merumuskan strategi untuk meningkatkan sumber bekalan kayu dan bukan kayu melalui program ladang hutan, penanaman spesies pokok di kawasan-kawasan terosot dan kawasan lapang di dalam HSK. Ianya diketuai oleh Timbalan Pengarah Pembangunan G32.
 
Seksyen Pengurusan Hutan, Eko-Park dan Hutan Taman Negeri
Timbalan Pengarah Pembangunan G32 adalah bertanggungjawab mengetuai seksyen ini, yang merupakan Unit Pengurusan Hutan sedia ada yang telah diperluaskan bidang fungsinya selepas penstrukturan baru. Antara skop tanggungjawab seksyen ini adalah melaksanakan aktiviti perancangan dan pengurusan hutan (termasuk pengurusan HSK, merangka strategi pengukuhan pembangunan hutan di samping menggariskan pelan tindakan bagi mencapai sasaran program/pembangunan hutan). Seksyen ini juga akan bertanggungjawab dalam mengenaslpasti kawasan HSK yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Forest Eco-Park dan Taman Negeri disamping mengurus dan menyelenggara dua ( 2) buah hutan lipur dan satu (1) Taman Negeri.
 
Seksyen Kepelbagaian Sumber Hutan
Seksyen Kepelbagaian Sumber hutan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pembangunan G32 adalah bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pemeliharaan kepelbagaian biologi dengan penubuhan dan penyelenggaraan kawasan Hutan Simpanan Dara (VJR), petak Fenologi, petak arboretum, Petak Pengeluaran Biji Benih (SPA) dan kawasan sumber genetic serta High Conservation Value Forests (HCVF).
 
BAHAGIAN OPERASI HUTAN
Bahagian Operasi Hutan adalah berfungsi untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang, perkembagangan industri perkayuan, pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur dan pengumpulan dan pengrekodan maklumat. Bahagian yang diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi G29 ini dibagikan kepada dua  seksyen yang terdiri daripada Seksyen Penguatkuasaan dan Seksyen Perindustrian, Pengusahasilan Kayu dan Bukan Kayu.
 
Seksyen Penguatkuasaan
Seksyen Penguatkuasaan Hutan adalah seksyen sedia ada yang melaksanakan penguatkuasaan Akta Perhutanan Negera 1984 bagi memastikan tidak berlaku kes-kes kesalahan hutan terutamanya pencerobohan ke atas Hutan Simpanan Kekal (HSK) serta memantau aktiviti pemindahan kayu dari Tanah Milik serta Tanah Kerajaan. Semakan dan sukatan pengeluaran kayu, menangani aduan awam, semakan kawasan lesen dan permit termasuk mengawal dari segi penguatkuasaan ke atas permit penggunaan adalah dibawah skop tugas seksyen ini yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Operasi G29.
 
Seksyen Perindustrian, Pengusahasilan Kayu dan Bukan Kayu
Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal, rekabentuk kilang, pemilihan jentera dan teknik memproses bagi industri berasas kayu serta teknik-teknik pengusahasilan hutan; dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100415
Top