MISI, VISI DAN OBJEKTIF

VISI

Menjadi agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara mampan.

MISI

Untuk mengurus dan membangunkan
sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan
sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.




OBJEKTIF

  • Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.

  • Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.

  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.

  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah, dan penggunaannya secara berkekalan.

  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang – kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti - aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.

  • Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.

  • Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.

  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang – peluang pekerjaan






Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100386
Top