Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur dari Formasi Sentul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diurus tadbir oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak tahun 1997. Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam juga terletak di dalam sebahagian Hutan Simpan Wang Mu dan sebahagian Hutan Simpan Mata Ayer dengan keluasan lebih kurang 20 hektar. Gua Kelam suatu ketika dahulu merupakan jalan penghubung antara penduduk Kampung Wang Kelian dengan Kaki Bukit. Gua Kelam ini juga merupakan salah satu lokasi Geotapak yang terdapat di negeri Perlis.

Pekan yang berdekatan dengan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam ialah Kaki Bukit sejauh 500 meter. Gua Kelam terkenal dengan penemuan bijih timah perlombongan dalam gua pertengahan abad lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interprestasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah, dan laluan anak sungai.

Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut didapati di dalam gua ini. Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah. Aneka serangga dan lain-lain boleh ditemui dalam gua kelam ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dijalankan di Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam ini antaranya ialah meneroka ke Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2, berkunjung ke Galeri Gua Kelam dan Rumah Cermin serta bermandi-manda bersama keluarga di sungai Pelarit. Di Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam ini terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Wang Mu. Pengunjung boleh menjalankan aktiviti pendakian dengan memerlukan khdimat Malim Gunung Perhutanan (MGP) berserta permit memasuki hutan simpan. Terdapat juga beberapa kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan kepada pengunjung antaranya ialah tandas awam, surau, gerai makanan dan gerai cenderahati serta wakaf/gazebo. 


Bayaran masuk ke Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam


Perkara


Warganegara

Bukan Warganegara
Kanak-Kanak (Di bawah umur 12 tahun) RM1.00

RM3.00
Dewasa RM2.00

RM5.00
Golongan Kurang Upaya (OKU) Percuma

Percuma
Parkir Kenderaan RM1.00

RM1.00


Bayaran aktiviti di Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam


Aktiviti


Warganegara


Bukan Warganegara

 Eksplorasi Gua Kelam 2 Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak - RM3.00
Dewasa - RM 10.00
Kanak-Kanak - RM5.00
 Galeri Gua Kelam Dewasa - RM3.00
Kanak-Kanak - RM2.00
Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak - RM3.00
 Virtual Realiti (VR) Gua Kelam 2 Dewasa - RM10.00
Kanak-Kanak - RM3.00
Dewasa - RM 20.00
Kanak-Kanak - RM10.00
 Rumah Cermin Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak - RM2.00
Dewasa - RM10.00
Kanak-Kanak - RM5.00
 Tapak Perkhemahan (Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan)

RM20.00 per tapak dan hari RM40.00 per tapak dan per hari


  • Alamat : Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam yang terletak kira-kira 36 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit. 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 604-9765 966 (Perlis State Forestry Department Office)
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm (TUTUP setiap hari RABU kecuali pada Cuti Sekolah/Cuti Umum)

    
        

 

 

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan?

Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
  • forestry@perlis.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
270374
Top