Taman Eko Rimba Bukit Kubu

Taman Eko Rimba Bukit Kubu terletak di daerah Kuala Perlis, Perlis iaitu kira-kira 1 km dari Pekan Kuala Perlis, 15 km dari Bandar Kangar dan berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis (untuk ke Pulau Langkawi). Taman Eko Rimba Bukit Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan terletak dalam kawasan Cadangan Hutan Simpan Bukit Papan yang mempunyai keluasan 184 ha, ketinggian puncak Taman Eko Rimba Bukit Kubu adalah sekitar 150-200 m pada paras laut. Sehingga kini kawasan Taman Eko Rimba Bukit Kubu yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung adalah seluas 12 ha. Hutan Simpan Bukit Papan telah diwartakan secara rasminya pada 14 Julai 2022 dengan keluasan 176.70 ha. Taman Eko Rimba Bukit Kubu ini juga merupakan salah satu lokasi Geotapak yang terdapat di negeri Perlis.

Tumbuhan di sini adalah jenis hutan separa luruh dan Hutan Dipterokarp Bukit serta dikelilingi sawah padi. Di bahagian belakang Taman Eko Rimba Bukit Kubu ini juga terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Puteri Kayang seluas 2 ha. Kawasan Taman Eko Rimba Bukit Kubu ini menjadi satu lokasi untuk rekreasi dan riadah santai serta sesuai untuk menjalankan aktiviti menjelajah gua di mana terdapat beberapa buah gua semula jadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau. Kewujudan sebuah tasik kecil, sawah padi dan tali air di hadapan gua menjadikan kawasan ini amat sesuai untuk lokasi pemerhatian burung. Kewujudan gua batu kapur di kawasan tersebut juga memberikan potensi sebagai laluan interpretasi batu kapur. Antara kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan pengunjung adalah wakaf, menara pandang, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, bangku/meja, surau, lapangan aerobik, outdoor gym dan tapak refleksologi.

Taman Eko Rimba Bukit Kubu dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan kadar bayaran masuk adalah PERCUMA kepada semua pengunjung. Untuk sampai ke Taman eko Rimba Bukit Kubu, pengunjung boleh memilih sama ada untuk menggunakan kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam seperti teksi.


   
   

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan?

Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
  • forestry@perlis.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
270381
Top