Latihan
Latihan untuk Kakitangan JPNPs
Pembangunan sumber manusia (modal insan) merupakan satu usaha kearah pembelajaran yang berterusan kepada tenaga pekerja untuk meningkatkan prestasi dan pembinaan diri. Sektor perhutanan memerlukan program pembangunan sumber manusia yang menyeluruh untuk semua lapisan pegawai dan kakitangan JPNPs bagi mewujudkan keberkesanan perkhidmatan dan sumbangan, sesuai dengan perubahan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Latihan dalam Perkhidmatan
Bagi pegawai dan kakitangan, JPNPs akan mengadakan latihan dan perkhidmatan yang memberi fokus kepada tiga(3) bentuk program pembelajaran berdasarkan kepada tumpuan tugas seperti berikut:
- Latihan ialah aktiviti pembelajaran yang ditumpukan kepada tugas yang dipertanggungjawabkan.
- Pendidikan ialah aktiviti pembelajaran yang ditumpukan kepada tanggungjawab masa akan datang.
- Pembangunan ialah aktiviti pembelajaran yang tidak khusus kepada tugas yang dijalankan.