Taman Eko Rimba Bukit Ayer
Taman Eko Rimba Bukit Ayer ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998, lokasinya terletak di Sungai Batu Pahat, Kompartmen 9 Hutan Simpan Bukit Bintang dengan keluasan 186 ha. Tarikan semula jadi di Taman Eko Rimba Bukit Ayer ini adalah Hutan Dipterokarpa Bukit dan air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Air terjunnya yang menarik dan sungai yang lebar serta dilengkapi dengan kolam buatan di bahagian hilirnya, menjadikan kawasan ini sangat sesuai sebagai kawasan aktiviti riadah keluarga. Selain dari itu, ruang yang luas dan terbuka menjadikan kawasan ini salah satu tarikan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti mahupun program yang berskala besar. Taman Eko Rimba Bukit Ayer ini juga merupakan salah satu Geotapak yang terdapat negeri Perlis.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, meja dan bangku taman, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan tempat letak kenderaan yang luas. Di sini juga terdapat tapak perkhemahan dikenali sebagai Nakawan Basecamp yang boleh menampung kira-kira 100 orang peserta yang dilengkapi dengan tandas dan dewan terbuka. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat aktiviti yang menarik seperti menaiki ATV.
Pengunjung boleh menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah, merentas denai, refleksologi kaki, berjoging dan berbasikal. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti pemerhatian burung dan mamalia kecil seperti tupai dan monyet. Selain menikmati kesegaran air sungai, pengunjung juga boleh minikmati aktiviti rekreasi air lain seperti berenang di Kolam Renang Bukit Ayer. Terdapat 2 jenis kolam renang yang disediakan iaitu Kolam Renang Kanak-Kanak beserta taman permainan (playground) dan Kolam Renang Dewasa dengan kedalaman 1.3 meter dan 1.9 meter.
Jarak Taman Eko Rimba Bukit Ayer dari Bandar Kangar hanya kira-kira 12 km dan mudah dikunjungi melalui jalan raya utama. Taman Eko Rimba Bukit Ayer dibuka pada jam 9.00 pagi - 6.00 petang (TUTUP pada setiap hari RABU kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum)
Kadar Bayaran Masuk dan Aktiviti di Taman Eko Rimba Bukit Ayer:
Kadar Bayaran Masuk dan Aktiviti di Taman Eko Rimba Bukit Ayer:
| Perkara | Warganegara | Bukan Warganegara |
| Bayaran Masuk | Dewasa - RM2.00 Kanak-Kanak (dibawah umur 18 tahun) - RM1.00 Golongan Kurang Upaya (OKU) - PERCUMA |
Dewasa - RM5.00 Kanak-Kanak (dibawah umur 18 tahun) - RM2.00 Golongan Kurang Upaya (OKU) - PERCUMA |
| Bayaran Kolam Renang Bukit Ayer | Dewasa - RM5.00 Kanak-kanak (dibawah umur 18 tahun) - RM3.00 |
Dewasa - RM10.00 Kanak-Kanak (dibawah umur 18 tahun) - RM5.00 |
| Tapak Perkhemahan | Tapak Khemah Besar - RM15.00 per tapak dan per hari Tapak Khemah Kecil - RM10.00 per tapak dan per hari Caj Perkhemahan - RM10.00 seorang |
Tapak Khemah Besar - RM30.00 per tapak dan per hari Tapak Khemah Kecil - RM20.00 per tapak dan per hari Caj Perkhemahan - RM20.00 seorang |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




