Kutipan Hasil
Kutipan hasil JPNPs adalah dari bayaran cukai langsung (kayu balak, tanah kerajaan dan tanah milik, hasil kuari tanah dan batu dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kayu teja, buluh, bakau dan lain-lain) dan hasil bukan cukai iaitu permit perhutanan (permit masuk dan permit penggunaan), lessen perhutanan (lessen memindah hasil hutan, lessen kilang papan dan lessen prabut), sewaan (chalet, bangunan kediaman kerajaan, dewan serbaguna, tapak perkhemahan dan sewaan tapak gerai) dan bayaran perkhidmatan yang lain (Rimba Herba, Gua Kelam dan stiker lori).
Hasil juga diperolehi dari jualan barang-barang seperti jualan borang sebut harga, jualan bahan bercetak yang lain dan jualan harta benda yang lain serta bayaran denda dan hukuman. Untuk rekod, hasil kutipan tahunan JPNPs bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 ialah masing-masing RM2,113,240.00 (rujukan: JPSM 2010), RM2,386,482.86 dan RM2,239,823.18.