Spesis Endemik
Spesis Endemik dan Status Pemeliharaan
Untuk keseluruhan pokok di negeri Perlis yang direkodkan dalam inventori ini, terdapat lima spesis yang endermik. Senarai spesis adalah seperti dalam Jadual Di Bawah
Jadual: Spesis endermik yang hanya terdapat di negeri Perlis ataupun hanya di bahagian Utara Semenanjung Malaysia yang direkodkan dalam inventori.
| Nama Tempatan | Spesies | Famili | |
| 1 | Bayur | Schoutenia furfuracea | Tiliaceae |
| 2 | Kurau | Cleistanthus glaucus | Euphorbiaceae |
| 3 | Mempisang | Alphonsea kingii | Annonaceae |
| 4 | Merawan Malut | Hopea ferrea | Dipterocarpaceae |
| 5 | Setumpol | Hydnocarpus filiipes | Flacourtiaceae |
Nota: Tectaria shahidanensis – Nama tempatan: Panah Arjuna, Famili: Dryopteridaceae adalah spesies pokok renek/herba.
Manakala, dari segi status pemeliharaan, hanya spesies dipterokarpa yang dapat diketahui statusnya. Ini adalah kerana setakat ini hanya kumpulan Famili Dipterokarpa di Semenanjung Malaysia yang telah dibuat status pemeliharaannya (Chua et al.2010).
Jadual: Status pemeliharaan spesies dipterokarpa yang terdapat di negeri Perlis
| Nama Tempatan | Spesies | Status Pemeliharaan | |
| 1 | Meranti Lemak Nipis | Shorea roxburghii | NT |
| 2 | Merawan Malut | Hopea ferrea | NT |
| 3 | Mersawa Durian | Anisoptera laevis | LC |
| 4 | Resak Keluang | Vatica bella | NT |
Nota: NT= Near Threatened (hamper terancam), LC= Least Concern (tidak membimbangkan)
Terdapat beberapa spesies yang dikenalpasti sebagai unik kerana jarang dijumpai ataupun ianya adalah dominan di kawasan hutan di negeri Perlis. Spesies berkenaan adalah seperti berikut:
1.Berunai (Antidesma cuspidatum,Famili: Euphorbiaceae)
Habitat: Biasa terdapat di hutan pamah, hutan paya gambut dan boleh didapati pada ketinggian 300 m dari aras laut. Kebanyakannya terdapat pada kawasan alluvium, tetapi juga ditemui di lereng bukit. Dalam hutan sekunder biasanya spesies ini wujud bersama-sama dengan pokok perintis.
Saiz : Pokok sehingga 12 m tinggi dan 15 cm DBH.
Kegunaan : Kayu yang digunakan adalah untuk kepingan dan reja kayu.
Gambar : Spesimen daun dan bunga

2.Telur Buaya (Homalium longifolium,Famili: Flacourtiaceae)
Habitat: Kebanyakkan tumbuh di hutan bukit dan hutan pamah.
Saiz: Batang bulat dan kadang-kadang berbelimbing. Pokok kecil dan boleh mencapai ketinggian 42 m dan DBH sehingga 120 cm. Daun nipis dan tepi saun sedikit bergelombong.
Kegunaan: Walaupun pokok ini boleh mencapai saiz balak, tapi kurang bernilai di pasaran.
Gambar: Spesimen daun

3. Merawan Malut (Hopea ferrea, Famili: Dipterocarpaceae)
Habitat: Pokok ini juga dikenali sebagai Cengal batu. Banyak terdapat di kawasan Indo-China, Thailand Barat Laut Kedah, Perlis dan Langkawi.
Saiz: Batang yang berketak-ketak dan berbanir. Kulit luar coklat gelap yang tebalnya mencapai 155mm. Bentuk daun bujur dan tirus dihujung bersaiz 8 x 4cm.
Kegunaan: Kayu yang tahan seumpama Chengal dan boleh digunakan untuk membuat kapal.
Gambar: Batang pokok.
4. Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii, Famili: Dipterocarpaceae)
Habitat: Biasa terdapat di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara.
Saiz: Batang tidak berbanir. Kulit luar agak tebal dan berwarna coklat gelap. Isi kayu coklat kekuningan. Daun berbentuk bujur bersaiz 12 x 5cm.
Kegunaan: Dalam kategori Meranti putih dan biasanya digunakan untuk membuat rumah.
Gambar: Bunga dan buah.

