Dasar Kitar Semula
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain. Amalan kitar semula bahan-bahan di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan Negara kita. Para pemegang konsesi pembalakan adalah diminta untuk mematuhi dasar ini sebaik mungkin.
Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis untuk melihat samada para pemegang konsesi mematuhi dasar dan arahan jabatan ini.