Hutan Lipur Bukit Ayer

Hutan Lipur Bukit Ayer (Gambar 8.5) ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998, lokasinya di Sungai Batu Pahat, Kompartmen 9 dalam H.S. Bukit Bintang dengan keluasan 186 ha. Tarikan semula jadi di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah hutan Dipterokarpa Bukit dan air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Air terjunnya yang menarik dan sungai yang lebar serta dilengkapi dengan kolam buatan di bahagian hilirnya, menjadikan kawasan ini sangat sesuai sebagai kawasan aktiviti riadah keluarga. Selain dari itu, ruang yang luas dan terbuka menjadikan kawasan ini salah satu tarikan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti mahupun program yang berskala besar.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, meja dan bangku taman, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan tempat letak kenderaan yang luas. Di sini juga dikhaskan tapak perkhemahan yang boleh menampung kira-kira 100 orang peserta yang dilengkapi dengan tempat memasak. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

Pengunjung boleh menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah, merentas denai, refleksologi kaki, berjoging, berbasikal dan mendaki. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti pemerhatian burung dan mamalia kecil seperti tupai dan monyet.

Hutan lipur ini dikendalikan oleh lapan orang pekerja dari JPNPs untuk memastikan kelancaran operasi dan kebersihan. Jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Bandar Kangar hanya kira-kira 12 km dan mudah dikunjungi melalui jalan raya.

   
 
 

Bancian Laman Web

Bagaimana anda menilai Laman Web kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • (+60) 04 9765 966
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.


Lihat Artikel mencecah
100395
Top